Sunday, October 14, 2012

Hotel Legacy Port Dickson

Kalau guna google map untuk cari hotel ni memang tak jumpa, sebab dalam google map nama hotel ni ialah Le Paris. Bila dah nak sampai ikut jalan ke pusat bandar, nampak bangunan tinggi di sebelah kiri dan di atas bangunan tu ada tulisan besar Costa Rica. Bila dah drive jauh ke depan baru nampak nama Legacy di sebelah Costa Rica tadi. Satu bangunan, dua nama, cheh. So kena buat u-turn dan masuk ke kawasan hotel. Bila masuk ke kawasan parking hotel, signboard depan masih tulis nama Le Paris. Bila dah masuk ke lobby, baru nampak balik nama Legacy. Memang kelam-kabut. Sungguh mengelirukan.


Hotel Legacy a.k.a Le Paris a.k.a Costa Rica

Kolam mandi yang sunyi sepi.

Pandangan ke arah laut.

Kaunter. Takde orang. Macam hotel hantu.

Kat depan tu tempat makan. View dari lobby

Lobby.

Hotel ni terletak dekat dengan bandar, atau mungkin tepi bandar Port Dickson dan bukan terletak di kawasan pantai mandi-manda di Telok Kemang tu. Hotel ni kira solo je di kawasan tu tanpa ada jiran-jiran hotel lain.

Hotel ni besar, bangunan sendiri, tak macam Hotel Citrus di JB atau Holiday Villa di Alor Setar. Parking percuma. Ada kolam mandi di sebelah lobby. Ada pantai. Tapi rasanya macam tak boleh mandi. Airnya keruh, dan ada sebuah kapal barang macam sedang diperbaiki. Selama tiga hari kami di sana, kapal tu masih di situ. Jadi sudah pasti air laut di pantai banyak minyak kapal. Sekali tengok pun dah tahu memang bukan kawasan yang sesuai untuk mandi. Dan selama tiga hari itu pun (Jumaat, Sabtu, Ahad) kami tak nampak satu makhluk pun yang mandi di pantai.

Bilik dia kira OK jugaklah. Sederhana mewah. Ada tv, ada balkoni, ada meja bulat kecil dengan kerusi. Tak ada cerek elektrik untuk buat air panas. Peralatan standard hotel kelas sederhana. Ada meja tulis kecil, ada peti ais (dalam almari kecil). Cermin ada sebelah pintu toilet.

Toilet pun boleh tahan. Tak kelihatan mewah. Terlalu simple. Pintu ada kunci (tak macam Hotel Citrus di JB). Ada air panas.

Tapi tak ramai orang di hotel ni. Ingatkan hari Ahad ramai orang, tapi tak ramai-ramai jugak. Masa kami datang, hanya ada sepasang mat saleh suami isteri di situ. Depa pun nampak macam confused. Nak tau ramai tak ramai orang ialah time makan. Selalunya mesti penuh sesak time breakfast. Tapi di sini time breakfast hanya ada team kami, dan sepasang mat saleh confused tadi.

Agak-agaknya foto atas ni bilik apa? Kami checked-out tengah hari tapi program masih berjalan dan habis petang. Jadi sebelum balik kami nak solat dulu tapi dah tak boleh masuk bilik dah. Jadi kami pun tanya di mana surau lelaki? Foto atas itulah surau lelaki. Macam bilik stor kapal. My friend pergi solat dulu and masa aku pergi selisih dengan dia aku tanya hows the room (surau)? Scary, dia replied.

Masa malam, kalau pandang bangunan hotel yang bertingkat-tingkat tu, akan nampak dua tiba bilik saja yang ada lampu. Maknanya, bilik lain semua kosong.

Kenapa hotel ni kosong masa kami sampai (program tiga hari)? Entahlah. Kami buat macam-macam teori tapi malas nak tulis kat sini. Dari segi privacy, memang best, sebab seolah-olah kami chartered the whole hotel. Tapi dari segi business.. ah, biarlah. Bukan kami punya company.

Masalah air, masalah aircond
Ada beberapa member komplen, aircond bilik mereka rosak. So malam pertama macam tidur dalam sauna. Lewat malam baru dapat tukar bilik. Ada member yang lagi malang sebab bilik mereka tak ada air. Bayangkan.. macam mana nak beroperasi dalam toilet?

My room, aircond OK. Air pun OK. Tapi aku tengok air dia agak keruh. Mula-mula lama jugak aku tadah air tu supaya keruh tu hilang dan air jadi jernih. Tapi tak jernih-jernih jugak. Tak kan hotel ni guna air laut kot?

1 comment:

  1. BOLEHLAH... CANTIKLAH JUGAK , TUNGGU NANTI KITAORANG DATANG SABTU NI TAU ,KITAORANG BUDAK SEKOLAH, NANTI KORANG CARI KITAORANG ,KITAORANG ADA DALAM 20 LEBIH
    KITAORANG SANTAI DENGAN CIKGU

    ReplyDelete