Tuesday, February 19, 2013

Felda Residence Hot Spring Sungkai

Felda Residence Hot Spring terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kalau datang dari KL ikut highway Plus, keluar ikut exit Sungkai. Kawasan resort ni katanya terletak di kaki Banjaran Titiwangsa di tengah-tengah kampung, bukit dan ladang kelapa sawit. Dalam kawasan resort ni memang pun ada banyak pokok kelapa sawit. Luas kawasan ni - 6.5 hektar.

Kiri-kanan pokok kelapa sawit. Memang dalam ladang kelapa sawit pun. Orang kata dalam ladang kelapa sawit banyak ular. Tapi tak jumpa sekor pun. Mungkin sebab ladang tu 'tidak aktif' lagi. Pokok-pokok kelapa sawit tu mengkin dah 'retired'.

Seperti namanya jugaklah, memang ada kolam air panas (hot spring) di resort ni. Tapi itu sajalah tarikannya. Yang lain-lain tu macam biasalah, seperti resort lain yang ada di tepi hutan - ketenangan, udara bersih, keindahan alam, dan yang seumpama dengannya.

Kami tinggal di chalet. Luas, kemas, ada kelas. Bilik kami ada almari pakaian, coffee-maker, peti ais, kerusi, meja dinding, flat TV. Tiada peti besi. Biliknya luas.

Bilik dia cantik, selesa, ada carpet. Tandas pun luas.

Makanannya best. Sedap. Suka sangat. Masa breakfast, ada roti canai yang dibuat di situ juga. Ada kueh mueh, dan banyak ulam. Al-maklum kehidupan dalam kampung.

Foto atas tu di dewan makan.

Selain dari kolam-kolam air panas, ada padang bola dalam resort ni. Jadi masa petang-petang ramai remaja (anak-anak peneroka agaknya) datang dengan motor masing-masing untuk main bola di situ.

Masa kami mula-mula sampai, bas kami tak boleh masuk dan stranded di depan security post. Palang penghadang jalan masih turun. Ada seorang guard perempuan pakai uniform biru macam polis tanya driver. Lepas tu dia check sesuatu dalam kertas di pondok security. Lepas tu baru dia naikkan palang penghadang jalan. Di tengah-tengah gate ada signage 'Pemeriksaan Polis'. Amboi. Hebatnya kawalan. Masa training, aku sempat tanya seorang pekerja di situ, apasal ketat sangat kawalan tu. Brader tu kata ada banyak kecurian berlaku sampai tv pun kena kebas. Tu yang kawalan ketat tu. Macam tu rupanya.

Resort ni offer pakej lain seperti Mountain Springs Pool (di Banjaran Titiwangsa), Titiwangsa Range Flora and Fauna Exploration, Sungai Sungkai Rafting Adventure, Jungle and River Trekking, Camping, Family Day Package, dan lawatan ke kampung orang asli. Tapi kami ke sana untuk training so tak berkesempatan langsung untuk program luaran ni.

The only attraction - kolam air panas. Memang panas betul. Boleh mandi puas-puas.

Yang kurang best

Resort ni luas sangat. Jenuh nak berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi. Contohnya tempat makan. Kalau di hotel-hotel, tempat makan adalah di bangunan yang sama. Jadi masuk lift dan tekan butang, terus turun ke tempat makan. Tapi di sini, tempat makan terletak di lokasi lain, macam kanten sekolah, kena jalan kaki. Kalau hujan, memang tak boleh pergi.

Dewan tempat buat program pun jauh, di penghujung resort. Jenuh jalan kaki. Dan sama jugaklah, kalau hujan, memang kena kansel program sebab tak boleh pergi kecuali nak main hujan. Kalau dari dewan program nak pegi makan di dewan makan, memang paling menyeksakan, sebab dewan program dipenghujung belah sini, manakala dewan makan di penghujung satu lagi. Jaraknya lebih jauh dari perjalanan dari satu tiang gol ke satu lagi tiang gol dalam padang bola. Bayangkanlah sendiri.

Dewan makan yang jauh. Kalau hujan, kena pakai payung. Kalau takda payung, tak makanlah jawabnya.

Sepatutnya program kami ada solat jemaah dan tazkirah di setiap waktu solat dan dijadualkan untuk dibuat di surau. Tapi lokasi surau dia punyalah jauh, macam di penghujung padang bola tadi, maka jawatnkuasa penganjur batalkan program di surau. Last-last kami solat jemaah dan tazkirah di dewan program.

Nak datang lagi?

Bolehlah datang kalau nak mandi kolam air panas. Untuk honeymoon memang sesuai.

No comments:

Post a Comment