Sunday, February 10, 2013

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore ialah taman tema Universal Studio yang kedua di Asia. Yang pertama ialah di Jepun. Tapi di Asia Tenggara, Universal Studio Singapore (USS) ni ialah yang pertama. USS ni terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Bas kami masuk ikut Tambak Johor membelah pulau Singapura terus ke selatan sampai ke Pulau Sentosa.

Taman tema yang bertemakan filem-filem keluaran Universal Studio ni mula dibuka dalam bulan Mac tahun 2010. Seramai 2 juta orang sudah melawat taman tema ni dalam sembilan bulan pertama ia beroperasi. Pemilik USS dakwa USS ni ialah 'one-of-its-kind' di Asia untuk masa kini dan selama 30 tahun akan datang lagi pun. Masa pembukaan rasmi dalam tahun 2011, superstar filem yang jadi VIP ialah Jet Li, Maggie Cheung, dan penyanyi Paula Abdul.

Luas sungguh USS ni. Seluas 49 ekar. Ada lima roller coaster. Ada 24 attractions berasaskan filem untuk diharungi. Sempat ke semua tu dalam masa sehari? Memang tak sempat. Ada tujuh zon dalam USS ni. Setiap zon adalah beasaskan siri tv terkenal atau filem blockbuster. USS ada 30 restauran dan tempat jual makanan. Jangan susah hati. Ada tanda 'Halal' di tempat-tempat makanan halal. Kalau tak mahu makan dan nak beli-belah sahaja, ada 20 tempat beli-belah barangan yang bertemakan filem dan rancangan tv.

Zon hiburan di USS

Zon Hollywood. Ini ialah taman tema berasaskan keadaan sebenar Hollywood Boulevard yang terkenal dalam tahun 1970an dulu. Ada banyak binaan menarik, pokok-pokok palma, dan replika 'Walk of Fame' Hollywood yang terkenal tu. Ada panggung teater yang boleh muat 1500 orang. Show yang ditayangkan masa lawatan kami tu ialah Sesame Street. Yang lain-lain di sini ialah tempat untuk jalan-jalan cuci mata dan beli barangan cenderahati.

Yang baju merah tu ialah watak aper entah. Mamat sebelah dia tu berdiri untuk bergambar. Akak baju merah tu panggil orang untuk bergambar dengan dia. Macam-macam gaya posing dia buat. Tapi aku tak sure dia ni watak apa.

Zon New York. Zon ini adalah berasaskan kota New York zaman moden. Suasana dibuat sehampir-hampir sama dengan keadaan di New York yang selalu kita lihat dalam filem. Di sini ada replika bangunan New York Public Library yang famous tu. Tengok foto bawah: bangunan yang belah kanan tu.

Kami masuk show Light! Camera! Action! Ingatkan apa. Rupa-rupanya ini ialah tempat studio special effect. Memang menakjubkan. Show masa kami masuk tu ialah special-effect ribut taufan yang melanda kota New York. Bunyi gegak-gempita, bingkai tingkap tercabut, api marak membakar, dan last sekali, muncung kapal masuk dalam panggung! Host kami ialah Steven Spielberg. Betul. Tak tipu. Tapi dia datang dalam bentuk filem ler, ditayangkan kat depan, dalam actual size.

Macam ni rupanya camera-trick. Bingkai tingkap ke belakang tu tercabut dan melayang ke atas. Ending sekali muncul muncung kapal merempuh masuk dinding sebelah kiri tu menuju hampir ke pentas.

Ada dua tempat makan yang famous kat sini - Loui's NY Pizza Parlor dan KT's Grill. Dua-dua kami tak masuk. Tak sempat. Ada Sesame Street Spaghetti Space Chase. Ni macam roller-coaster ler sikit-sikit. Duduk dalam gerabak yang tergantung. Kalau selipar jatuh, kirim salah ajer lah.

Zon Sci-Fi City ialah gambaran keadaan masa depan di kota. Ada banyak teknologi space-age kat sini. Roller-coaster berkembar yang paling tinggi di dunia tu ada kat sini. Puncak paling tinggi ialah 140 kaki (42.7 meter). Ada dua roller-coaster yang 'berlawan' sesama sendiri. Manusia lawan Cylon. Satu warna biru, satu warna merah. Masa bergerak laju tu ada kat satu poin tu dua roller-coaster tu dibuat seolah-olah nak berlanggar. Memang menarik. Satu tu yang 'human' warna merah duduk dalam gerabak. Macam dalam filem Fatal Destination tu. Yang satu lagi 'cylon' warna biru yang aku naik tu duduk kat tempat duduk yang tergantung. Kaki terjuntai-juntai. Masa dia turun dengan laju dan konar, memang rasa macam tempat duduk aku tu nak tercampak. Rasa macam nak tercabut usus aku semua.

Satu yang kaki terjuntai (Cyclon), satu lagi yang duduk dalam gerabak (human). Ada berani?

Laluan Cyclon ni memang direka untuk beberapa aksi 'near-miss' (hampir-hampir berlanggar) dan belok-membelok yang laju, tajam dan brutal. Ada lima kali pusingan terbalik semuanya. Masa ending lepas turun dari coaster, aku tengok belah kiri ada dua-tiga sinki air. Tu khas untuk orang nak muntah kot. Tapi aku rasa pun macam sedikit pening.

Jangan miss Transformers The Ride. Bila lagi nak alami dunia simulator 4-D. Kita naik satu gerabak kecil (autobot) dan dibawa terbang turun-naik bangunan dan kejar-mengejar dengan robot raksasa jahat Decepticons seperti dalam filem Transformer. Kena pakai spec 4-D. Diberi percuma. Real. Memang real. Terbang ke atas bangunan, jatuh menjunam ke bawah, siap ada pancutan air, asap panas, angin kencang, kabus dan serpihan besi yang melayang-layang dan berperang bersama-sama Optimus Prime, Bumblebee, Megatron, Starscream dan beberapa lagi karektor dalam filem Transformer. Memang lengoh kepala nak elak itu ini, padahal tu semua simulasi 4-D je. Tapi rasa sungguh real. Memang best.

Zon Ancient Egypt ialah kawasan yang penuh dengan binaan dan artifak Mesir purba. Boleh bergambar tepi bangunan dan binaan Mesir purba, dan bergambar dengan watak-watak Mesir dalam filem The Mummy Returns.

Foto bawah: dalam satu kedai makan dalam zon Ancient Egypt. Singgah minum hot drinks.
Jangan lupa naik roller-coaster dalam bangunan dalam teater Revenge of the Mummy: The Ride. Kalau Transformer The Ride tadi guna simulasi 4-D, yang ni memang roller-coaster betul. Tapi dalam bangunan yang gelap. Kejar-mengejar dengan mumia dalam bangunan, penuh dengan aksi yang laju, membelok yang tajam, dan yang paling mengeluarkan isi perut ialah bila coaster tu jatuh arah ke belakang secara tiba-tiba. Kalau tadi rasa nak terkeluar usus, yang ni pulak rasa macam nak tercabut pundi-pundi kencing.

Atas: Pintu masuk ke Revenge of the Mummy: The Ride. Bawah: Kena beratur panjang dan memanjat ke atas. Entah berapa tingkat dah tak ingat. Antaranya lalu di tepi patung besar macam dalam foto tu. Suasana gelap macam dalam piramid jugaklah kot.

Zon The Lost World ada dua attractions iaitu Jurassic Park dan Waterworld. Ada Canopy Flyers. Ni ialah roller-coaster empat tempat duduk yang tergantung dan bergerak separa laju dalam kawasan Jurassic Park. Tak naik yang ni. Nampak macam lembek je. Kami masuk Jurassic Park Rapids Adventure (Foto bawah). Naik bot pelampong. Pakai baju hujan. Ni semua bertemakan pelarian dari raksasa yang terlepas di kawasan Jurassic Park. Pengalaman yang sungguh menarik. Ending dia ialah bila bot pelampong kami tu menjunam jatuh secara tiba-tiba.

Zon Far Far Away adalah berasaskan kerajaan zaman Shrek. Kami masuk istana Shrek. Masuk teater untuk tengok movie 3-D. Tema movie ialah aksi Shrek nak selamatkan Princess Fiona. Pengalaman fizikal-dan-3-D yang sungguh mengasyikkan. Foto bawah: istana Shrek.

Zon Madagascar ialah kawasan yang penuh dengan kapal kargo terbiar Madagascar. Kami masuk Water Boat Ride. Suasana macam dalam kapal kargo Madagascar yang terkandas tu. Kalau minat Madagascar, memang akan minat yang ni. Tapi pengembaraan water boat ni adalah santai dan tidak mencemaskan.

Makan-makan di USS

Ada berpuluh tempat makan di USS. Ada berbentuk restoran tema, cafe, atau warong open air. Pilih ajerlah mana yang berkenaan. Ada tanda 'Halal' di sana sini. Kami singgah makan di restoran tema Madagascar dan minum di restoran tema The Mummy Returns.

Makan kat restoran tema macam ni memang menghiburkan. Kami singgah di restoran tema Madagascar. Tak ingat nama restoran tu. Ada banyak/ramai watak-watak dalam filem tu berlegar sana-sini berinteraksi dengan pelanggan. Ramai yang bergambar. Burung hidup terbang sana-sini. Suasana meriah.

Kat cafe tema The Mummy Returns tu takde pulak macam tu. Suasana biasanya. Tunggu jugak mumia keluar kejar-kejar orang ke. Takde pun.

Tempat sembahyang di USS

Ada surau dalam USS ni. Sebelah kanan kompleks Ancient Egypt, bersebelahan roller-coaster Battlestar Galactica. Tapi tak boleh masuk dari kawasan roller-coaster tu sebab ada pagar. Masuk ikut kompleks Ancient Egypt. Kalau ada phamplet, ada tanda surau dalam peta tu. Tapi surau tu kecik aje. Kalau nak sembahyang jemaah aku rasa muat dalam 7-8 orang je. Dari luar nampak macam tandas awam je. Kalau tak nampak perkataan 'Prayer Room' kat pintu tu mesti orang ingat tu bilik tandas atau rumah kongsi pekerja binaan. Tempat lelaki-perempuan asing. Dalam tu ada jadual sembahyang waktu Singapore, ada sejadah, dan tempat khas ambil wuduk.

Memang nampak roller-coaster di sebelah kanan tu. Tapi nak ke surau ni kena lalu di sebelah kompleks Ancient Egypt.

Tinggal di Tune Hotel

Kami stay di Hotel Tune dekat Danga Bay sebab kami dengar Hotel Tune ada uruskan bas dan tiket ke USS. Bila kami sampai baru kami tahu bukan Hotel Tune uruskan semua tu tapi satu agensi pelancongan di bawah Hotel Tune. Tapi takpelah sebab yang pentingnya servis tu ada. Agensi tu sediakan servis bas pergi dan balik untuk guest Hotel Tune. Masa check-in di Hotel Tune kami dapat kupon dan kupon tu kami terus bawa ke agensi tadi. Tiket pergi balik for adult ialah RM50. Tiket masuk USS ada dijual di situ. RM180 untuk dewasa.

Bas ke USS ambil kami di Hotel Tune dan mula gerak pukul 7.58 pagi. Bas persiaran. Selesa. Seat dia lebih besar dan lapang dari seat plane AirAsia. Betul, tak tipu. Ada somebody buat announcement dalam bas, masa di Singapore nanti, no chewing gum, no camera in immigration center, tak boleh bawak rokok yang belum dibuka (kalau dah bukak, takper), tak boleh bawa rokok elektronik.

Kami kena lalui dua kastam, satu kastam Malaysia, dan lepas tu kastam Singapore. So dua kali kami turun naik bas dan panjat bangunan kastam. Pukul 8.42 pagi selesai urusan dua-dua kastam. Cepat jugak.

Masa balik, bas kami bergerak pukul 7.15 malam. Sepatutnya pukul 7.30. Tapi agaknya sebab semua orang dah ada, drebar bas pun terus gerak. Bagus jugak. No complaint. Bas tunggu bawah USS. Macam stesen bas Pudu Raya kat bawah USS tu. Start masuk kastam Singapore pukul 7.51 malam dan pukul 8.11 malam selesai urusan dia dua-dua kastam. Memang pantas. Pukul 8.25 malam kami semua sampai balik ke hotel.

Money Changer

Money changer (pengurup wang) memang ada dalam USS. Kat zon Hollywood. Terletak dalam kedai. Kalau ada phamplet USS, cari kedai no.12. Tapi lebih baik tukar wang siap-siap di Malaysia, sebab kadar tukaran lebih menguntungkan.

Best ke tak best

Best sangat. Tak sempat nak habiskan semua tempat. Banyak lagi yang kami missed. Kena kejar 7.30 time bas kami gerak balik. Memang nak pegi lagi suatu hari nanti. Sangat sesuai untuk pergi dengan family, atau dengan kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment