Wednesday, April 24, 2013

Nak renew pasport antarabangsa

Week-end ni aku kena pergi Singapore untuk urusan kerja. Ada member bagitau pasport antarabangsa tu kena ada at least lagi enam bulan sebelum expired kalau nak masuk Singapore. Kalau tidak nanti masa di imigresen Malaysia boleh lepas tapi di imigresen Singapore nanti masa dia scan pasport tu nanti akan keluar lampu merah dan lepas tu panjang pulak cerita nanti. Aku check pasport aku ada lagi 5 bulan 27 hari sebelum expired. So kawan aku yang ada sepupu di imigresen ni kata "pergi renew!" so aku pun jadilah kawan yang baik, dengar nasihat.

Pejabat Imigresen di UTC Sentul

Aku dengar ada atu pusat imigresen yang baru dibuka iaitu di Sentul. Alamat rasmi dia ialah:

Jabatan Imigresen Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cawangan mini UTC,Sentul
Aras 1 Pusat Transformasi Bandar,
Jalan 2/48A,Sentul Perdana,
Bandar baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

So aku pun gunakan GPS dan pergi ke sana. Ada empat tingkat atas tanah dan satu tingkat basement.

  1. Di tingkat bawah ada pasar, kedai runcit.
  2. Tingkat satu ada balai polis dan meda selera.
  3. Tingkat dua ada klinik kesihatan, surau, dan perpustakaan.
  4. Tingkat tiga ada pejabat pos, JPJ, klinik gigi, dan gelanggang futsal

Jabatan Imigresen Malaysia ada di tingkat satu.

Nama baru kompleks ni ialah Mini UTC Sentul. UTC ialah 'Urban Transformation Centre' (Pusat Transformasi Bandar). Bangunan ni dulu lama jugak terbengkalai sebelum ditransformasikan jadi UTC.

So ada perubahan baru nampaknya. Untuk renew buku pasport, kena bawa item ini:

  1. gambar sekeping (background putih, bukan biru lagi macam dulu)
  2. kad pengenalan asal (tak perlu salinan)
  3. buku pasport lama
  4. duit - RM100 untuk dua tahun, RM300 untuk 5 tahun

Rupa-rupanya peraturan baru dikeluarkan oleh Jabatan imigresen Malaysia (JIM) berkuatkuasa 22 April 2013. Baru sangat tu. Sebelum ni gambar pasport tu kena background biru. Masa aku pergi Universal Studio Singapore dulu masa aku buatkan pasport untuk empat orang anak aku masih gunakan gambar background biru. Aku tanya Cina kedai gambar tu betul ke putih, bukan biru? 'Sekarang sudah undang-undang baru mah.. ' OKlah. Tak kisahlah.

Mohon Pasport Baru

Aku masuk pejabat Jabatan Imigresen tu. Di kaunter aku ambil nombor, ada dua orang pegawai seorang lelaki dan seorang perempuan layan aku. Depa ambil pasport lama, ambil gambar sekeping, tekan nombor giliran. Lepas tu depa bagi balik kat aku semua item tu dan dia suruh aku tunggu nombor dipanggil. Nombor aku 1026. Masa tu kaunter tengah layan orang nombor 1009. Suasana dalam pejabat imigresen ni agak lengang. Banyak bangku kosong. Tak macam imigresen di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di mana lebih ramai orang berdiri dari yang duduk. Yang duduk bersila atas lantai pun ada.

  1. Lepas nombor aku dipanggil, pegawai yang jaga kaunter tu ambil buku pasport lama aku. Dia tengok gambar aku tu dengan teliti. Macam ada something je. Aku kata kat dia tu kali ketiga aku ambil tu. Sebab kali pertama dan kedua background dia tu tak warna putih tapi macam warna kelabu. Orang tu kata tu lah pasal. Tapi dia terima juga gambar tu.

  2. Lepas tu dia ambil IC aku dan dia scan.

  3. Lepas tu dia tanya tinggi aku, no telefon, dan dah kahwin ke belum. Rupa-rupanya dia baca maklumat dalam IC aku tu.

  4. Dia tanya nak renew berapa tahun ni? Dua tahun.

  5. Lepas tu dia scan cap jari aku guna alat scanner.

  6. Lepas tu dia isi borang, lekatkan gambar aku kat situ, dan suruh aku cap jari kat kertas tu.

  7. Lepas tu dia suruh aku tunggu nombor dipanggil lagi. Selesai urusan di kaunter.

Bayar RM100

Kali ni kaunter bayaran pulak panggil nombor aku. Bayar RM100. Aku dapat resit dan kat kertas tu ada ditulis 'Tarikh Kutipan 24/4/13 1 Jam Selepas Waktu Bayaran.'


Belah kanan sekali tu kaunter ambil nombor. Kiri sekali tempat mohon pasport atau renew pasport. Kaunter tengah tu tempat bayaran.

Tunggu tapi pasport tak siap on time

Aku pergi minum dulu kat restoran mamak di luar kompleks. Ngam-ngam sejam aku datang balik. Saja nak tengok betul ke dah siap in one hour. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu tapi tak siap-siap. Dah lebih 40 minit selepas sejam masa yang dijanjikan so dah sejam 40 minit aku tunggu. Aku pun blah balik dulu ke opis sebab aku kerja hari ni, bukan cuti pun. Esoklah aku datang balik. Jabatan imigresen ni tak ikut KPI. Padahal bukan ramai sangat orang pun. Takperlah.

Ambil pasport sehari kemudian

Esoknya masa aku tengah standby nak pergi semula ke UTC aku dapat satu call. Pejabat imigresen tu called. Pegawai perempuan. Dia kata 'buku pasport encik dah siap. Nanti datang ambil, ye?' Oklah. Thank you.

Sampai di UTC, aku terus ke kaunter ambil nombor. Orang tak ramai macam semalam. Ambil pasport baru aku dan pasport lama yang dan kena tebuk. Selesai.

Buku pasport lama dan baru

Ada dua perbezaa ketara pada buku pasport baru ni. Pertama, ada cip dalam buku pasport ni. Kedua, gambar hitam putih dan bukan kaler macam sebelum ni. Muka aku macam hero filem Melayu 60an. Warna buku masih warna merah. Itu ialah warna buku pasport Malaysia.


Pasport baru sekarang ada cip komputer. Kat muka depan bahagian bawah tu ada simbol empat segi. Warna masih merah. Tu warna Malaysia


Negara-nagara di dunia dan warna buku pasport mereka. Kita warna merah, sama macam Myanmar.

Pejabat imigresen ni tak crowded macam pejabat imigresen tempat lain. Pegawai-pegawai yang bertugas peramah dan very helpful.

2 comments:

  1. Boleh saya ambil gambar dekat sana?

    ReplyDelete
  2. boleh aje. masa kami nak claim passport kami yang dah siap tu kami nampak ada bilik tempat ambil gambar dalam pejabat immigresen tu. rasanya baru setup bilik tu. sebelum tu takde. di ground floor pun ada kedai gambar.

    ReplyDelete