Sunday, April 28, 2013

Pergi Singapura Naik Teksi

Mula-mula kami pergi ke Singapura dengan teksi. Kami tidak mahu bawa masuk kereta sendiri kerana:

  1. Kena uruskan pas kereta, perlu bawa geran kereta dan insuran, sangat leceh
  2. Khabarnya ada banyak masalah parking di Singapura
  3. Kami tak biasa bawa kereta masuk ke Singapura, tak tahu peraturan jalan
  4. Nasihat kawan-kawan supaya parkir kereta dia JB sahaja

Bagusnya pula kalau tak bawa kereta sendiri ni ialah tak perlu pakai Autopass ke cashcard ke atau yang seumpama dengannya. Tak tahu jalan pun takpe dan takde GPS pun takpe sebab drebar teksi mesti tahu jalan. Lagi satu, takde masalah parkir. Di checkpoint imigresen pula drebar teksi akan uruskan semua. Tak perlu risau apa-apa.

So kami sampai ke Johor Bharu dan parking di Bangunan Parking Sultan Iskandar. Lepas tu kami jalan kaki keluar untuk cari teksi di stesen teksi JB yang boleh masuk ke Singapura.

Masuk Singapura dengan teksi

Masa kami mencari-cari teksi yang boleh masuk ke Singapura, ada seorang pakcik tegur kami. Dia ni bawa teksi sapu rupanya. Tak kisahlah, sebab dia selalu bawak orang masuk terus ke Singapura jadi kami rasa dia boleh diharapkan untuk bagi tunjuk ajar pada kami yang tak tahu apa-apa masuk ke Singapura ni. Dia bagi kami kad putih imigresen untuk diisi. Leceh sungguh masa tu sebab kami tak ada pen. Jenuh bergilir-gilir pakai pen pakcik tu. So lain kali kalau nak masuk Singapura, bawalah pen.

Lepas tu kami bertolak. Pakcik ni bekas tentera. Dia ni regular masuk Singapura. Kata dialah. Betul tak betul mana kami tau. Sampai di checkpoint imigresen Malaysia dia bagi pasport kami semua kat kaunter. Di hulur dari tingkap kereta je. Kami semua duduk dalam kereta tak keluar pun. Selesai.

Lepas tu sampai ke checkpoint imigresen Singapura pulak. Pakcik tu bagi semua pasport kami, dengan pasport dia sekali, dan IC masing-masing dan kad putih tadi. Orang di kaunter checkpoint tu baca nama kami satu persatu. Lepas tu dia cop pasport kami dan serahkan balik pasport.

Lepas tu pakcik tu masukkan kad dia dalam slot kad dekat kaunter imigresen tu. Kad dia macam ada masalah. Pegawai di kaunter tu suruh pakcik tu 'pergi ke pejabat' tapi dia suruh tunggu dulu. Kami semua senyap tak cakap apa-apa sebab tak tau apa yang berlaku. Sekejap lepas tu datang seorang budak India pakai seragam naik basikal. Dia suruh kami ikut dia. Teksi tu pun ikut dia sampai ke satu pejabat. Pakcik tu parkir di situ. Kami tengok ada beberapa kereta lain kat situ. Kami nampak pajabat tu macam pejabat pos. Ada kaunter dan ada orang ramai tengah tunggu di deretan-deretan bangku.

Kami pun tanya "apahal ni pakcik". Pakcik tu kata takda apa,takda apa. Tunggu sekejap ye. Dia tak matikan aircond. Dia masuk ke pejabat tu dan kami tunggu dalam kereta. Sekejap lepas tu aku keluar cari toilet. Tak tahan aku nak kencing. Agaknya aku suspen sampai terkencing-kencing. Aku mula pikir macam-macam. Kalau terjadi apa-apa kat pakcik ni macam mana kami ni nanti.

Tak lama lepas tu pakcik tu muncul dari pejabat tadi. Dia masuk dalam teksi dan terus sambung perjalanan.

Kami tanya lagi apa halnnya tadi. Dia kata entahlah. Mesin kat kaunter tadi tak dapat detect kad dia. So dia kena pi ke pejabat tadi. Di pejabat tu, kad dia OK pulak. Pakcik tu kata benda macam ni kadang-kadang berlaku. Tapi tak ada apa yang nak dirisaukan.

Lepas selesai semua, kami bergerak ke depan lagi. Ingatkan dah selesai. Rupa-rupanya belum lagi. Kami sampai ke checkpoint kastam Singapura pulak. Pak cik tu keluar dari kereta dan dan bukak bonet kereta. Lepas tu dia tutup balik. Pegawai imigresen tu tak check pun. Kalau kami bawak dadah ni mesti lepas ni. Lepas tu barulah kami keluar dari pusat imigresen Singapura.

No comments:

Post a Comment