Saturday, August 10, 2013

Hotel GoodHope Skudai

Kami tempah hotel GoodHope di Skudai ni untuk cuti Hari Raya. Checked in hari Jumaat 9 Ogos dan checked out hari Ahad 11 Ogos 2013. Sebab utama pilih hotel ni ialah kerana ia terletak dekat dengan rumah mak kami di Taman Tun Aminah. Hotel ni bertaraf tiga bintang.

Kami tempah dua bilik 'Triple Sharing' (3 katil sebilik). Charge semalam ialah RM185.34. Untuk dua bilik dua malam, charges dalam bil ialah RM741.36 plus cukai RM44.52 plus 'fees' RM74.12. Jadi jumlah penuh kami kena bayar untuk dua bilik 'triple sharing' untuk dua malam ialah RM860. Harga pakej termasuk breakfast. Dua hotel terakhir kami sebelum ini iaitu Tune Hotel Danga Bay, Hotel81 Tristar Geylang di Singapore tak ada breakfast.

Kami book terus melalui website GoodHope. Kena bayar non-refundable 'pre-payment' Rm74.14 masa booking. The rest bayar masa checkout. Pre-payment ni rasanya deposit hangus. Check in pukul 3 ptg, check out pukul 12 tengah hari. Masa kami checked in, the boy at the counter said kena bayar 'deposit RM150' dulu nanti masa check out dapat balik. So RM150 + balance payment = RM930. They sweep my credit card. I said 'sudah charge kah?' the boy said 'authorization saja dulu'. So belum charge lagi, so apa purpose nak ambil 'deposit RM150' tadi kami pun tak sure. Biarlah.

Masa kami check-in ada satu family Melayu sedang check in sama. Ada dua orang staff hotel dalam kaunter. Dua-dua budak Melayu pakai baju Melayu.

Dalam bilik ada tv, dua cermin dinding, meja tulis, peti ais, almari pakaian, katil. Lantai marmar dan bukan karpet. Sejuk tapak kali. Tapi satu bilik lagi ada carpet. Pelik pulak. Aircond ada remote. Bilik air ada pintu berkunci. Kunci bilik hotel guna sweep card. Ada botol air mineral x 3, ada water heater, cawan dan paket '3-in-1 coffee mix' keluaran Kun Kee Food Industries. Empat powerpoint di dinding. Toilet ada air panas, dan ada satu hair drier.

Kami tinggal tingkat 6. Masa dalam lif kami tengok ada 13 tingkat. Bila jenguk keluar tingkat nampak swimming pool kecil kalau tak silap di tingkat 4. Laluan utama depan bilik ada karpet, tapi bila kami lalu saja ketara bau kepam, lebih kurang macam bau karpet lama yang dah lama disimpan dalam store. Sekali pandang nampak karpet ni lusuh, koyak sana sini, macam dah lama sangat.


Atas dan Bawah: Inilah rupa bilik 'triple-sharing' yang ada tiga katil dalam satu bilik. Orang yang tidur di katil tepi tingkap tu, silap-silap haribulan muka dia mengadap kaki orang di katil tengah. Sungguh tidak menarik. Perhatikan lantai bilik. Bukan karpet. Jadi memang sejuk tapak kaki.

Lokasi

Selain dari di Skudai, hotel GoodHope ada di Penang, Shah Alam dan Kelana Jaya. Hotel di Skudai terletak di Jalan Ronggeng, bersebelahan Plaza Skudai yang dah kosong dan nampak macam bangunan hantu sesuai untuk team seekers dan paranormal. Tiada tempat makan Melayu. Ada satu restoran mamak, Restoran Yasin. Kawasan ni nampak macam kawasan Cina. Kami makan di Jaya Jusco Taman Universiti saja.

Parking

Parking di basement hotel. Tiga level basement. Kecil saja kawasan parking ni. Masa kami mula nak masuk, gate ditutup. Seorang pakcik security keluar dan kata 'kena bayar dulu RM10 nanti masa check out boleh claim balik dari kaunter hotel,' so OK lah, we paid cash. So masa masuk nanti hanya tunjukkan resit RM10 tadi. The security guy said tujuannya ialah mereka mahu mengelakkan orang luar dari guna parking hotel tersebut. So actually parking is free. Kawasan parking ditutup dari pukul 12 malam sampai 6 pagi. So ada security pada kenderaan masing-masing. Somehow kami rasa macam tak selamat kalau parking di luar hotel. Masa checked-out on Sunday kami bagi balik resit tadi di kaunter dan they paid us back the RM10.

Lobby hotel

Di lobby hotel ada kedai groceries, dan ruang makan. Ada satu notis kata hotel ni diawasi oleh 60 cctv 24 jam sehari. Ya tuan-tuan dan puan-puan, 60 cctv. Ruang lobby luas dan menarik. Ada business center. Di situ ada servis wi-fi, komputer, fax.

Wi-Fi

Iklan hotel kata 'ada wi-fi'. Ada, memang ada, tapi di kawasan lobby sahaja. Di bilik kami ada wi-fi, tapi ada macam tak ada. Very weak. Langsung tak ada signal bar.

Kesimpulan

Ini last kami tinggal di hotel GoodHope ni. Memang no hope lah untuk kami datang lagi.

No comments:

Post a Comment