Sunday, February 2, 2014

Langkawi

Pakej pergi Langkawi pada 31 Januari 2014 (1st day Tahun Baru Cina) hingga hari 2 Fabruari 2014. Pergi dan balik naik FireFly (dari Subang airport). Pakej ni termasuk penginapan di Kondo Istana di Kuah, kereta Avanza selama 48 jam, dan Island Hopping.

Langkawi diberi jolokan 'Permata Kedah'. Ada 104 pulau semuanya sekali termasuk Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba, Pulau Bidan, Pulau Songsong, Pulau Telor, Pulau Kentut, dan Pulau Langkawi tu sendirilah. Langkawi terletak di Laut Andaman, lebih kurang 30km dari pantai Kedah. Pulau Langkawi ni seluas 478.5 km persegi, lebih besar dari Pulau Pinang. Puncak tertinggi ialah Gunung Raya. Langkawi diberi status 'bebas cukai' dalam tahun 2007.

Pekan paling besar di Langkawi ialah Kuah. Lambang Lankawi ialah burung helang. Orang dulu-dulu panggil burung helang ni 'lang' saja. Dari situ lahir nama 'lang-kawi'. Memang ada banyak burung helang di Langkawi termasuk burung helang merah kawi. Laksamana Cheng Ho dari China yang singgah di Melaka pada tahun 1405 mencatat nama Langkawi sebagai Lung-Ya-Kiou-Yi. Langkawi menjadi milik Britain dalam tahun 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Kalau tidak, Langkawi tentu akan kekal di bawah kuasa Siam.


Kami tinggal di sini. Kondo Istana. Ni bukan hotel, tapi kondo. Macam apartment jugaklah.


Coco Valley. Tempat shoping itu ini. Syurga cokelat di Langkawi.


Pulau Dayang Bunting. Pulau paling besar di Pulau Langkawi. Ada tasik dalam pulau ni.


Kedai Haji Ismail. Juga tempat membeli-belah. Orang keluar masuk berpusu-pusu. Beli barang itu-ini macam esok nak kiamat.


Aturcara island-hopping. Melompat dari satu pulau ke satu pulau guna bot.


Oriental Village di kaki Gunung Mat Cincang. Ni pintu masuk dia. Kat sini ada cable car.


Pantai Cenang. Meriah, macam Port Dickson. Bezanya ialah, pasirnya lagi halus dari pantai Port Dickson.


Pulau Singa Besar. Tiada singa di sini. Apa yang ada ialah burung helang terbang melayang-layang.


Langkawi Saga. Satu lagi tempat tumpuan orang ramai membeli-belah.


Waterworld. Ada akuarium besar. Ada macam-macam ikan besar kecil leper gemuk semua ada.

Kondo Istana

Kondo ni terletak di Kampung Padang Lalang dalam Mukim Kuah. Kalau dari jeti naik teksi bayar RM5 je. Kalau dari airport, tambang teksi RM15.


Kondo ni berbentuk apartment. Pakej kami ialah apartment tiga bilik. So ada tiga bilik, satu ruang tamu, ada ruang dapur (kat atas tu), ada fridge, tv, aircond, iron, meja makan.

Masa mula-mula sampai agak kelam-kabut sikit. Kami kena ambil kunci rumah di Sinaran Hotel. Hotel ni macam rumah kedai. Rupa-rupanya kaunter receptionist adalah di Hotel Sinaran tu, tapi kondo penginapan kami ialah di bangunan kondo seberang jalan raya sana. Apa punya sistem, da..

No comments:

Post a Comment