Sunday, June 8, 2014

Seri Bayu Resort Hotel

Seri Bayu Resort Hotel ni terletak di Bagan Lalang. Kalau dari KL, exit di Nilai, terus ke Sepang, Salak, Sungai Pelek, lepas tu baru jumpa Bagan Lalang. Ada satu Hotel Sri Malaysia di Bagan Lalang. Tapi oleh sebab sudah full, kami menginap di Seri Bayu Resort Hotel. Resort ni terletak di Taman Sri Bayu. Boleh jalan kaki beberapa minit untuk ke pantai Bagan Lalang dan Gold Coast.

Ada dua pakej hotel sahaja iaitu apartment dua bilik (RM300 semalam) dan studio (RM200 semalam). Dua-dua pakej termasuk minum pagi. Bentuk resort ni malam quarters guru. Apartment ni baru lagi beroperasi masa kami sampai. Belum ada kiosk 24 jam pun. Tiada kedai runcit, malah tiada kedai apa pun. Security OK. Katanya security 24 jam. Keluar masuk kena lalu pak guard dengan gate berpalang. Parking free dan luas. Parking sajalah di mana hendak. Ada kolam renang kecil. Time budak-budak mandi, nampak sesak sangat. Ada taman permainan kanak-kanak. Kawasan persekitaran adalah luas untuk aktiviti luaran. Boleh sewa basikal dewasa dan basikal kanak-kanak. Ada BBQ pit, gelanggang tenis. Di sini, kalau nak buat aktiviti hari keluarga memang sesuai.

Dalam apartment dua bilik tu ada dua bilik. Satu bilik dengan katil queen size, satu lagi dengan dua single bed. Ada dua toilet. Satu dalam bilik yang ada katil queen size tadi, satu lagi di tepi dapur. Toilet memang besar. Ada dapur tapi tidak dibenarkan memasak. Di dapur hanya ada singki, cerek elektrik, dua cawan. Tiada pinggan, tiada sudu, tiada piring, tiada pisau, tiada peti ais.


Atas: Ni blok pertama yang ditemui selepas guard post. Yang berbumbung tu ialah tempat check-in.


Atas: Inilah dia kaunter check-in.


Atas: Inilah blok kami. Blok B1.


Atas: Blok-blok penginapan. Macam kuaters guru.


Atas: Kawasan parkir yang luas. Parking sajalah di mana hendak.


Atas: Swimming pool yang kecil. Bercampur budak kecil budak besar bapak budak semua masuk sekali.


Atas: Tempat makan yang 'open-air'. Macam makan di kantin sekolah. Taste makanan pun macam standard kantin sekolah jugak. Tempat basuh pinggan terletak di sebelah meja orang makan.


Atas: Almari dalam bilik tidur utama.


Atas: Katil dalam bilik tidur kedua. Twin-sharing. Katil dalam master bedroom ialah queen-size.


Atas: Ruang dapur yang tiada dapur. Tak dibenarkan memasak. Tiada peralatan makan (pinggan, cawan, sudu, garfu).


Atas: Ruang tv. Di sebelah kiri itu ialah pintu bilik tidur kedua. Pintu yang tengah ialah pintu ke bilik tidur utama.


Atas: Meja makan.


Atas: Meja solek dalam bilik tidur. Kecil dan comel.


Atas: Meja di sudut ruang tamu. Tempat duduk sambil mencari ilham? Tak payah. Memang takde ilham pun.


Atas: Meja kecil di sudut bilik tidur.


Atas: Ruang tamu. Ada set sofa. Ada tv.


Atas dan Bawah: Tandas yang luas.

No Wi-Fi

Tiada wi-fi di sini. Terpaksa gunakan data-plan sendiri.

Pantai Bagan Lalang

Apa yang ada di sekitar Seri Bayu Resort ni? Ada pantai Bagan Lalang. Di situ ada Gold Coast, ada pantai tempat mandi-manda. Memang ramai orang di pantai ni. Di sepanjang pantai ada gerai makan yang menjual berbagai-bagai jenis sea-food. Rasanya di sepanjang pantai barat Malaysia, kemeriahan pantai Bagan Lalang hanya sedikit saja di bawah kemeriahan pantai Port Dickson. Tapi buah-buahan di sini mahal. Tak payahlah beli buah di sini.

Kesimpulan

Ni memang 'tempat penginapan budget'. Semuanya serba sederhana. Tinggal di situ lebih kurang sama macam tinggal di rumah pangsa. So kalau nak enjoy percutian dengan tempat penginapan yang boleh membawa kenangan, carilah tempat lain.

No comments:

Post a Comment