Friday, August 1, 2014

Hotel M Suites JB

Hotel M Suites ni terletak di tepi jalan bertentangan dengan pantai Lido.

Kami checked in pada Hari Raya pertama hari Isnin, bermalam dua malam dan checked out pada hari Rabu.

Kami ambil tiga bilik. Tiga-tiga bilik ada fridge, tv flat-screen, ruang tamu, ruang dapur. Satu bilik ada carpet, manakala dua bilik lagi lantai marmar. So bila lantai marmar ni tau jer lah, kan. Sejuk bila pijak. Kenapa bukan semua lantai carpet kami pun tak tahu. Tapi bilik memang kemas dan selesa. Feels very homely.

Ada wireless internet di setiap floor. Very fast. Kena bayar RM10 untuk 24 jam internet. Kalau tak nak bayar dan nak surf internet free boleh pergi ke area lobby. Kami baca review bulan May lepas tiada internet di tingkat atas kecuali di lobby. Mungkin M Suites baru install wireless internet ni.

Dalam reviews juga kami baca ada pasaraya di ground floor. Tapi masa kami sampai pasaraya tu dah tiada.

Parking free. Parking di depan hotel terhad tapi boleh masuk ke basement. Parking di basement kena ambil kad, tapi boleh endorse kad parking tu di kaunter so dapat parking free, tak payah bayar.

Seperti yang kami baca dalam review, staff Hotel M Suites memang peramah. Dari staf di kaunter, di tempat makan, dan di luar perkarangan hotel, semuanya peramah dan very helpful. Masa kami sampai ada satu bilik tu kepala toggle paip di bath tub tak berfungsi. Kami panggil orang service. Technichian datang in no time dan mereka pun peramah jugak.


Ruang bilik yang eksklusif. Nampak selesa.


Meja solek, almari, dan pintu ke tandas.


Ruang bilik yang sama. Lantai bukan karpet. Memang sejuk tapak kaki bila malam hari.


Bilik dari satu lagi sudut pandangan.


Bilik yang ini pulak berlantai kayu. TV di atas meja dan bukan di dinding. Belah kiri sekali ialah ruang dapur dan meja makan.


Ada fridge, cerek elektrik, jug dan gelas.


Pintu toilet di bilik yang berlantaikan kayu.


OK jugaklah toilet macam ni. Nampak selesa.



Tempat makan.

No comments:

Post a Comment