Sunday, August 31, 2014

Hotel Selesa JB

A Syariah Compliant Hotel

Itu ialah slogan yang digunakan oleh Hotel Selesa JB yang terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Binaannya macam bangunan lama. Ruang masuk dari depan tidak menarik. Parkir terletak di tingkat empat, lima dan enam. Tempat makan di tingkat 11. Kami tinggal di tingkat 25. Paling tinggi ialah tingkat 27. Ada swimming pool di tingkat 11. Boleh mandi tanpa swimming trunk. Sebelum ni masa kami tinggal di Hotel M Suites, peraturan mandi swimming pool di situ ialah mesti pakai swimming trunk. Company aku yang booked hotel ni. Aku tengok bil, sewa bilik twin-sharing aku ialah RM145 semalam. Standard price.

Apa yang 'syariah'nya hotel ni? Tak berapa nampak pulak. Hampir semua staf wanita hotel ni tak bertudung. Staf wanita di tempat makan pun pakai seluar ketat. Cuma staf lelakinya pakai baju Melayu.

Parkir free. Ada palang di ruang masuk dan kena ambil kad. Tapi boleh bawa kad tu ke kaunter dan parkir akan jadi free.

Staf hotel memang friendly.

Setiap awal pagi surat khabar akan diselitkan di bawah pintu.

Set minuman free dalam bilik ni ialah dua botol air mineral, set nescefe.

Foto bawah: Itulah kunci bilik. Kad elektronik. Bila masukkan kad, lampu warna hijau akan hilang. Berbeza dengan hotel lain yang gunakan kad elektronik ni, bila masukkan kad, lampu akan menyala.

Foto Atas: Kaunter di ruang lobby.

Foto Atas: Ruang lobby. Tidak begitu luas. Ada satu set settee sahaja.

Foto Atas: Ni bilik twin sharing.

Foto Atas: Ada cermin besar di depan. Perhatikan tv yang besar gedabak tu. Ada channel Astro. Perabut semua macam bangunan lama.

Foto Atas: Ada fridge. Ada cerek elektrik. Ada set minuman. Di sebelah kiri tu almari baju. Tapi tiada peti besi.

Foto Atas: Tu pintu ke bilik sebelah.

Foto Atas: Perabot bentuk lama dan rupa pun lama. Matching pulak dengan tv saiz gedabak tu. Sejadah disediakan. Tu yang atas kerusi tu. Very the lusuh one. Time nak sembahyang kena perhatikan lama-lama sejadah tu sebab tak berapa sure mana belah kepala dan mana belah kaki. Dah pudar dan lusuh.

Foto Atas: Kalau jenguk tingkap, ni pemandangan yang kelihatan. Dari tingkap ni boleh nampak Selat Tebrau. Hotel ni dekat saja dengan Woodlands. Rasanya dalam 2 minit perjalanan dengan kereta.

Foto Atas: Atas satu lagi cermin di dinding. Sebelahnya toilet. Pintu bilik menggunakan kad.

Foto Atas: Tandasnya, sederhana. Ada air panas, ada hair-drier. Perhatikan belah kanan sekali tu. Tu sebenarnya hose hair drier. Rasa macam zaman Jepun punya.

OK macam mana lokasi hotel ni. Hotel ni terletak di tengah-tengah town. Jadi everything is very the happening. Keluar saja dari pintu utama hotel belok kanan akan terus jumpa bank AMbank. Boleh cucuk duit di situ. Kami makan di Restoran Banafe. Katanya ni restoran milik artis Betty Banafe. Boleh jalan kaki je ke situ dari hotel.

Overall

Tak best. Tiada yang selesanya Hotel Selesa ni walaupun namanya Hotel Selesa. Tiada juga ciri 'syariah compliance' yang ketara. Aku di situ hanyalah sebab company aku yang dah booked. Aku tak recommend hotel ni. Carilah hotel yang lain. Next time kalau company aku nak duduk area sini jugak, aku nak sarankan duduk di Hotel New York je.

No comments:

Post a Comment