Saturday, September 20, 2014

Hotel Seri Malaysia Kulim

Hotel Seri Malaysia Kulim terletak di Taman Tasik Putra, Kulim, Kedah. Memang hotel ni terletak di sebelah tasik iaitu Tasik Tunku Putra. Hotel ni dua tingkat sahaja. Walaupun dua tingkat, Wi-Fi hanya ada di lobby. Tiada lift. Jadi kalau bagasi banyak mana sekali pun atau anda orang yang tersangat tua, terpaksa jugaklah naik tangga.

Jenis bilik kami ialah 'family room'. Sewa semalam ialah RM190. Bilik ni ada dua katil. Satu katil besar dan satu katil kecil. Ada tv, ada cerek elektrik, ada peti ais, dan lantai guna karpet. Perabot dalam bilik nampak buruk dan tua.

Ada beberapa hotel lagi di Kulim. Ada Tune Hotel. Tapi hotel ini sahaja yang terletak di tepi tasik.

Dewan makan.

Hotel dua tingkat Seri Malaysia.

Kaunter. Penuh bendera. Cara dekorasi macam hasil tangan budak sekolah. Tak pro langsung.

Lobby, belah kanan. Bendera kecil-kecil kat atas tu salah sebenarnya. Bendera macam tu sepatutnya digantung melintang. Nama saja hotel Malaysia tapi tak pandai jaga bendera Malaysia.

Lobby belah kiri. Gunakan pintu kaca tu untuk ke dewan makan.

Satu katil besar sikit, satu lagi katil standard single-bed.

Meja solek. Kalau buat kerja di meja solek itu sambil tengok tv memang lenguh ler tengkuk korang.

Iron disediakan dalam bilik. Perhatikan karpet. Ada tompokan-tompokan berbentuk iron. Ni mesti ada orang tak bertamadun yang baringkan iron atas karpet.

Katil kecil dan besar yang ada meja kecil di sebelah.

Pintu bilik. DI sebelah kiri ialah pintu ke tandas, manakala di sebelah kanan ialah almari dan tempat cerek elektrik.

Nasi Kandar Pelita

Masa merayau-rayau malam-malam mencari bank, kami jumpa restoran ni. Kami singgah minum teh tarik makan roti canai. Sebab malam dah lewat dan kami pun dah makan malam, jadi kami tak mahu makan nasi kandar di situ.

1 comment:

  1. I am glad to discover this post Very valuable for me, as it contains parcel of data. I Always like to peruse The Quality and happy I discovered this thing in you post. Much appreciated hotel murah di kuala lumpur

    ReplyDelete