Saturday, September 27, 2014

Melor Inn Parit Buntar

Melor Inn ni terletak di tengah bandar Parit Buntar, dalam daerah Kerian, Perak. Parit Buntar adalah satu dari lapan mukim yang ada dalam daerah Kerian. Mukim lain ialah Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Tiang, Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah dan juga Selinsing. Konon cerita nama Parit Buntar ni berasal dari nama Tok Buntar. Dia korek parit untuk mengalirkan air ke kawasan sawah padi. Orang ramai menggelarkan parit tu sebagai Parit Tok Buntar. So lama-lama tempat tu dikenali sebagai Parit Buntar. Bagitulah adanya yang empunya riwayat.

Di Parit Buntar ada SMK Panglima Bukit Gantang yang dibina pada tahun 1969. Panglima Bukit Gantang ialah nama MB Perak yang pertama iaitu Dato' Panglima Bukit Gantang Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz.

Di Parit Buntar ni selain dari Melor Inn ada Damai Hotel dan satu lagi hotel baru, Ritz Capitol Hotel. Hotel Melor Inn ni kira baru lagi, muncul tahun 2011. Asalnya bangunan Melor Inn ni nak dijadikan kompleks membeli-belah. Tapi tak jadi. Akhirnya jadi hotel. Kami tinggal di bilik Junior Suit untuk empat malam.

Nak ke Parit Buntar ni kalau datang dari selatan melalui lebuh raya plus, exit Bandar Baharu. Kalau dari utara, exit Jawi.


Foto atas: Hotel Melor Inn dari belah belakang. Bangunan ni asalnya dibina untuk shopping complex. Tapi tak sempat jadi shopping complex. Terus jadi hotel.

Di tingkat bawah ada Melor Inn Coffee House. Ni macam restoran jugaklah, untuk orang ramai. Tapi tutup pukul 3ptg.

Parking percuma, termasuk parking di tepi jalan raya sebelah hotel. Hotel ni tak ada basement. Jadi 'parkir hotel' ialah di sebelah hotel tu sendiri.

Towel bilik hotel ni ada tulisan China. Entah apa tulisan tu. Tak best betul. Rasa macam duduk kat Hong Kong. Towel nampak macam kurang bersih.

Pendingin hawa bilik tak berapa sejuk. Dalam review yang kami baca kat internet pun ada komplen pasal aircond ni. Kami servis sendiri aircond ni untuk bagi dia sejuk sikit.

Ada sejadah dan ada tanda kiblat di syiling.

Bilik hotel junior suit kami ni luas. Syiling bilik tinggi. TV flat screen tapi gambar tak cantik. Ada peti besi kecil, ada fridge. Ada cerek elektrik. Ada set kopi aper ntah dengan botol air yang ditukar setiap hari.


Pintu kiri tu ialah pintu toilet. Ada karpet merah. Tengok lantai tu. Sebelah karpet, sebelah marmar.


Ada peti ais kecil.


Di luar bilik hotel. Shopping complex selalunya ada macam ni. Luas tapi kosong.


Lantai karpet buruk. Kasar. Sebelah kiri tv ada nampak peti besi kecil.


Pintu masuk ke Melor Inn dari sebelah kawasan parkir. Inilah kawasan parkir hotel. Free takde bayaran.


Tempat makan. Melor Coffee Inn. Tapi tutup pukul 3 ptg. Lengang takde orang.


Simple sangat tempat ambil makanan. Barang-barang bersepah di belakang.


Atas: Breakfast pagi hanya ada telur, sambal, nasi goreng, roti, dan bubur. Pada hari kedua (foto bawah), sambal dan telur pun dah tak ada. Sungguh tak menyelerakan.


Ruang laluan di luar bilik. Memang luas. Tapi gonjeng tanpa hiasan apa pun. Foto bawah: bilik yang kiri tu ialah bilik kami.


Katil single dan queen. Simple. Cadar warna putih je. Macam kat asrama sekolah.


Kalau jenguk dari tingkap, ni yang kami nampak. Semua kedai ni tutup pukul 10 malam lebih. Lepas tu semuanya lengang.

Kaunter receptionist (atas) dan lobby (bawah) yang lengang. Di sebelah kerusi urut tu ialah pintu ke bilik makan.


Nasi Kandar Padang Kota tapi bukan di kawasan padang. Ni dalam kompleks membeli-belah MyDin. Terpaksa makan breakfast di sini sebab tak selera makan breakfast di hotel.

Bilik ni memang ada iron. Bukan kami bawa dari luar, tapi memang ada dalam tu. Agaknya sebab takde penghuni lain, jadi iron diletakkan dalam bilik kami tu.


Toilet dia boleh tahan luas. Tapi tiada sabun dan shampoo. Apa yang ada ialah gel basuh tangan. Agaknya ni sabun all-in-one. Foto bawah ialah set toiletries - towel yang ada tulisan Cina, berus gigi, sikat. Tiada sabun disediakan.

Wi-Fi percuma

Ada wi-fi percuma. Speed laju. Password diberi. Tiada charge dikenakan.

Melor Inn Coffee House

Coffee house ni juga ialah tempat breakfast hotel ni. Menu pagi kami yang ada ialah mihun, nasik kuning, telur rebus, roti (dah siap taruk kaya dan dipotong tiga segi), bubur, air teh dan kopi. Air suam pun ada, tapi disediakan dalam dua jug plastik. Ni menu breakfast kat hotel yang paling dhaif aku pernah rasa. Tiada waiter pun yang jaga meja atau kemaskan meja. Sangat mengecewakan.

Hotel yang lengang

Macam hotel hantu. Tak nampak penghuni lain. Masa pi breakfast pun kami je yang ada. Macam mana hotel ni boleh survive?

Nasi Kandar Ali

Waktu malam kami makan di restoran ni. Naik kereta dari hotel beberapa minit je. Dua kali kami dinner di situ. Orang beratur sampai ke luar kedai.

Kalau datang lagi ke Parit Buntar

Lupakan hotel ni. Sangat-sangat tak rekomen. Kalau datang ke Parit Buntar, jangan tinggal di sini. Cuba Damai Hotel atau Ritz Capitol Hotel. Kami tinggal di sini sebab company yang booking, so duduk jer ler. Tapi kalau kami diberi pilihan untuk pilih sendiri, kami tak kan pilih hotel ni lagi.

4 comments:

  1. sya rasa MELOR inN NI LAGI BAGUS DARIPADA KEBANYAKAN HOTEL KAT Parit Buntar ni...

    ReplyDelete
  2. sya difahamkan breakfast adalah F.O.C DAN disediakan mengikut jumlah tetamu yang berada dalam hotel tersebut.........jd kita seharusnya bersyukur dengan apa yang diberi......,.....

    ReplyDelete
  3. Golden ace hotel lagi ok kot even kecik namun lokasi dan suasana sekitar tidak lengang.. kedai makan byk, kedai runcit dan 7e pn ada. Kedai mamak dibuka 24 jam. Lokasi lagi selamat dan ramai orang. Harga satu malam untuk katil queen rm60 je. Berhadapan dgn usm nibong tebal.

    ReplyDelete