Sunday, September 21, 2014

Suria Apartment Bukit Merah

Bukit Merah Laketown Resort ialah resort berkonsep eco-tourism. Kawasan resort ni terletak dekat Kampung Kubu Gajah, dalam daerah Semanggol, Perak. Tapi kampung ni tak famous. Jadi orang akan kata resort ni terletak di Taiping. Kalau datang dari KL ikut Lebuhraya PLUS, dalam tiga jam perjalanan, keluar ikut Exit Bukit Merah. Bila keluar ikut exit tu akan terus sampai ke tol Bukit Merah. Ada signage besar menunggu belah kanan. Masuk ikut itu untuk panjat bukit. Member aku bawak Proton Preve terpaksa tukar gear untuk panjat bukit tu. Jalan tu akan terus bawa ke kawasan resort.

Resort ni ada tasik air tawar seluas 7000 ekar. Memang luas. Attraction di resort ni ialah ecopark, waterpark, dan Pulau Orang Utan. Ada tiga jenis penginapan di sini iaitu Kampung Air, Laketown Hotel, dan Suria Service Apartment. Kami tinggal di hotel paling murah iaitu Suria Apartment.

Suria Apartment ada tiga jenis bilik iaitu single room, double room, dan studio room. Kami tinggal di studio room. Sewa semalam ialah RM200. Bilik kami di tingkat empat.

Studio room ni tidaklah studio sangat. Tak macam studio pun. Ada dua katil single-bed yang tak menarik perhatian. Ada fridge kecil, ada tv. Lantai bilik ada karpet. Bilik ni nampak kecil, dan padat. Ada berenda yang dipisahkan oleh sliding door kaca. Ada sofa kecil, meja kecil. Ada cerek elektrik dan set nescefe. Ada sinki. Agaknya sebab ada sinki ni yang menjadikan bilik ni 'studio room'. Bilik air macam biasalah, standard. Tiada peti besi. Resort ni milik MK Land Holdings Berhad, orang Melayu. Tapi dalam studio ni tiada sejadah. Tapi anak panah arah kiblat ada di syiling.

Satu blok Suria Apartment dilihat dari satu lagi blok. Macam rumah kedai. Tak menarik langsung.

Selamat datang ke Suria Apartment. Ni ialah blok paling depan.

Tempat ke reception.

Kaunter untuk check-in. Ada ikan besar menunggu.

Pemandangan dari tingkat empat menghala ke lebuhraya Plus. Tepi highway saja apartment ni. Bawah tu ialah kolam renang yang luas.

Macam inilah dalam bilik studio Suria Apartment. Televisyen gedabak, sofa atau settee entah nak panggil apa. Hiasan dinding. Semua macam rumah bujang.

Atas meja kecil tu ialah kain pelikat kami. Tiada sejadah. So guna kain pelikat sebagai sejadah. Katil twin sharing simple saja. Tak sampai hati nak tunjukkan foto di sini.

Pandangan dari depan toilet. Almari baju. Sebelah kiri tu ialah katil twin-sharing. Sebelah kiri almari baju tu ialah meja solek.

Sebelah kanan tu ialah pintu masuk. Sebelah kiri ada sinki, peti ais kecil di bawah tu, dan cerek elektrik.

Dewan makan (atas dan bawah)

Kolam renang. Memanjang. Cukup untuk semua orang.

Tempat santai dan minum-minum di sebelah bilik makan dan kolam renang.

Tandas. Sederhana sahaja. Sinki kecil. Di situlah diletakkan semua botol shampoo, sabun,berus gigi, ubat gigi, pencuci muka...

Tiada Wi-Fi

Tiada di bilik kami di tingkat empat. So kena guna data-plan sendiri.

Kawasan sekitar

Bila keluar dari kawasan resort ni, you all akan jumpa pekan kecil. Rasanya lagi kecil dari pekan. Pekan Semanggol agaknya. Ada kedai makan tapi banyak lalat. Makanan yang dijual tu kira boleh makanlah. Tiada yang istimewa apa-apa pun.

Akan datang lagi?

Kalau nak melawat resort yang ada waterpark, ecopark dan pulau orang utan tu, dan nak jimat budget, oklah kalah nak duduk di Suria Apartment ni. Untuk tidur dan mandi oklah. Kalau ada duit leih sikit, cubalah hotel Lake Town Hotel. Kalau ada lagi banyak duit, cuba Kampung Laut pula.

No comments:

Post a Comment