Wednesday, October 22, 2014

Flamingo Hotel by the Beach

Nama hotel ni memang macam ni - Flamingo Hotel by the Beach. Terletak di Jalan Tanjung Bungah (bukan bunga, ye), Penang. Memang hotel ni terletak di tepi pantai mengadap utara Penang. Oleh sebab pantai ni di utara Penang so memang tak dapat tengok matahari terbenam di kaki langit.

Bilik kami ialah Deluxe Sea View with breakfast (26.01 sq.m) tiga bilik. Bayarannya ialah RM1547.88 termasuk cukai hotel 6% dan cukai perkhidmatan 10%. Kami booked melalui Agoda.com.

Hotel ni ada swimming pool dan jacuzzi, servis dobi, servis untuk 'tour and transport', ada Qin spa untuk urut-mengurut. Check-out pukul 12. Check-in pula pukul 2 petang. Tapi kami sampai cepat dari KL sebab kami bertolak pagi. Kami sampai pukul 1 lebih kurang. Walaupun belum time check-in tapi minah di kaunter tu bagi juga bilik untuk kami. Kami booked tiga bilik. Dua bilik dah boleh masuk, satu bilik lagi belum ready so minah di kaunter tu kata nanti bila bilik tu ready depa akan hantar kunci. Kami tinggal di tingkat enam.


Bilik yang simple. Lantai marmar dan bukan karpet. Sejuk kaki.


Gambar bunga di dinding. Ada banyak gambar bunga di hotel ni. Sebelah kanan tu ialah cermin tegak, toilet, dan pintu masuk.


Ada peti ais kecil, set minuman, cerek elektrik. Kunci bilik gunakan kad elektronik.


Ada bilik iron, dan kebetulan dekat dengan bilik kami. Macam stor. Ada sinki buruk kat situ tapi tak sure apa purpose dia.


Parkir free. Ni parkir ground floor. Ada lagi dua level parkir di basement. Kat atas tu ada kawasan parkir open-air.


Kaunter receptionist yang sangat simple, dalam bilik kaca, macam dalam aquarium. Pekerja di kaunter pakai baju warna hijau. Lebih kurang warna hijau Petronas.


Dari kawasan rehat di lobby. Di kanan tu tempat minum-minum. Di kiri tu kaunter dalam bilik kaca tadi.


Kaunter masa check-out. Ramai orang time tu.


Kawasan depan lift. Di dinding masih gambar bunga. Lantai di luar sama macam lantai dalam bilik, semuanya marmar.


Lift utama. Di sebelah kanan tu ialah kedai runcit dan cenderahati. Kami datang time cuti Deepavali so jelaslah kenapa ada wish Deepavali yang besar kat atas tu.


Pemandangan dari balkoni bilik kami - pool dan pantai (masa air surut). Yang macam garisan kat tepi pantai tu sebenarnya ialah pukat. Tapi kami tak sure kenapa ada pukat di situ.


Pool yang boleh tahan luas. Depan pondok kat hujung sana tu ada jakuzi.


Satu lagi pemandangan dari balkoni bilik kami. Pantai yang lengang takde orang.


Ni bukan foto kami ambil sendiri. Ni foto dari internet. Bahagian depan hotel pada waktu siang dan malam.


Side table tepi katil. Yang bentuk telepon lama tu kertas sahaja tu. Buat perhiasan.


Toilet yang sederhana luas. Tempat mandi di sebelah kanan tu dipisahkan oleh dinding kaca. Lantai toilet sama saja dengan lantai bilik - marmar.


'Set standard' hotel. Meja tulis yang berkongsi dengan TV flat-screen. Dinding depan yang kosong. Tiada cermin di depan.


Ada member pesan suruh beli jeruk-jeruk yang di jual oleh Jeruk Madu Pak Ali. Banyak outlet dia ni. Tengok plet no kereta tu. Kereta KL. Semua pembeli masa kami beli tu ialah orang luar Penang. Jeruk Madu Pak Ali ni guna air mineral dan bukan air paip. Lagi satu jeruk ni tak gunakan ibu gula. Jadi bila makan tu tak sakit tekak. Kira femes jugak Jeruk Madu Pak Ali ni. Warong ni kami cari di kawasan Batu Feringgi. Takde di kawasan Tg Bungah. Purata harga jeruk satu kilo ialah RM18. Di KL kami ada jumpa booth yang jual Jeruk Madu Pak Ali ni, satu kilo RM30. So memang murah yang di Penang ni.

Wi-fi percuma

Ada wireless internet percuma di semua level. Pasword ada pada setiap kad bilik. Boleh tahan laju, tapi tak selaju unify.

Staf yang separa friendly

Ada hotel yang mempunyai staf yang lebih friendly dan ceria. Di Flamingo ni staf hotel tidaklah sombong, tapi kurang reti untuk senyum. Masing-masing muka macam orang stress. Macam tak ada roh.

Hotel by the beach..

Pantai depan hotel Flamingo ni tak ler luas mana pun. Sempit. Kalau nak buat sukaneka memang tak sesuai. Pasir dia kasar. Tak halus macam pasir di pantai Pulau Langkawi. Air dia agak kotor. Sepanjang kami tinggal di sana pada hari Rabu (Deepavali), Khamis, Jumaat, memang tak ada orang mandi. Orang dewasa ke budak kecil ke asyik celup-celup kaki kat air, tapi macam segan-segan nak masuk mandi. Macam pelik je. Mungkin sebab kami datang bukan pada hujung minggu. Kami ada tanya staff hotel di kaunter servis, boleh mandi ke pantai tu? Boleh. Of course depa kata boleh. Tapi sekarang hari kerja, depa kata.

Pada waktu petang ada sedikit aktiviti di pantai tu. Ada payung terjun yang ditarik oleh bot (entah apa nama dia), ada bot pelampung yang ditarik oleh bot (pun entah apa nama dia tak ingat), ada kanu dayung sendiri, ada boat trip (RM350), ada jet-ski. Tapi, masih tak ada orang turun ke laut untuk mandi.

Sebab untuk datang lagi

Tiada sebab. Kalau kami datang lagi bercuti di Penang, kami akan cari hotel lain. Tak boleh enjoy di pantai sebab tak berani nak mandi sebab orang lain pun tak mandi. Macam pantai misteri. Pantai mengadap utara jadi tak nampak matahari terbit dan matahari terbenam. Next time, kami nak cari hotel yang mengadap arah barat. Tiada kenangan yang menarik di sini.

1 comment: