Sunday, January 25, 2015

Hotel B+ Sg Petani

Hotel B+ Sungai Petani terletak di Taman Pattani Jaya. Kami bermalam di hotel ni sebab nak pergi kenduri. Kami duduk di bilik deluxe RM89.00 semalam. Murah.

Hotel ni namanya B+ tapi tak tahulah pulak kenapa bukan A+. Terletak di Lorong 24, di deretan rumah kedai. Ada beberapa restoran di blok-blok kedai berhampiran tapi semuanya restoran Cina. Ada kedai kek, ada restoran Jepun, dan ada Secret Recipe. Di bawah hotel di betul-betul di sebelah lobi ada restoran Jepun Takeno.

Nothing much to expect. Kira bolehlah untuk landing malam-malam. Ada TV flat-screen di dinding. Lantai marmar dan bukan carpet. Parkir free. Bukan kawasan parkir hotel pun sebenarnya, tapi kawasan parkir awam. Bebas nak parking di mana pun. Keselamatan tanggung sendiri. No breakfast. So untuk breakfast pagi-pagi silalah cari sendiri.

Hotel ni bukan berkonsepkan 'bed-and-breakfast' pun sebab tak disediakan breakfast. Perkhidmatan yang disediakan hanyalah untuk penginapan. Tapi sesuailah kalau hanya nak bermalam dan tak lebih dari itu.


Parkir bebas. Parkir lah di mana-mana pun.


Dari satu lagi sudut pandangan. Sebelah kanan tu ialah restoran Takeno.


Boleh tahan selesa. Ada tv flat-screen kat dinding. Tapi itu sahaja yang ada di dinding. Tiada meja solek atau meja untuk menulis atau meja untuk letak sikat rambut. Tiada set minuman, tiada peti besi, tiada peti ais.


Di sudut tu ialah almari baju. Katil kelihatan kemas. Oleh kerana tiada meja solek maka botol air mineral dengan gelas diletakkan di meja kecil tepi katil.

Hotel ni kecil tapi hiasan dalaman dari karpet di lantai dan warna dinding menyebabkan nampak selesa dan tak sesak mata memandang. Di bawah ada kaunter receptionist. Ada tempat duduk yang cukup untuk enam orang sekali duduk. Masa kami singgah situ, dari mula check-in sampai waktu kami check-out, orang yang jaga di kaunter ialah wanita dan lelaki India. Mereka kurang senyum tapi peramah.

Next time kalau kami singgah lagi di Sg Petani, kalau untuk tujuan yang sama iaitu pergi kenduri, kami mungkin akan bermalam lagi di hotel ni.

No comments:

Post a Comment