Sunday, February 22, 2015

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang beroperasi sejak tahun 1995. Bermula sebagai hotel dua bintang, sekarang ni dah jadi hotel tiga bintang. Perjalanan dari KL lebih kurang sejam dan kalau dari KLIA pula lebih kurang 20 minit. Kalau ikut lebuhraya PLUS, exit di Nilai lepas tu akan melalui pekan Sepang, pekan Sungai Pelek dan sampailah ke Bagan Lalang.

Ada tiga hotel di Bagan Lalang

  1. AVANI Sepang Goldcoast Resort bertaraf 5 bintang, memang tempat yang mewah, ekslusif, dan aku tak mampu.
  2. Hotel Seri Malaysia
  3. Seri Bayu Resort
Selain dari tiga hotel di atas tu, Bagan Lalang ada banyak chalet, dan homestay.

Kami menginap masa Tahun Baru China so tak dapatlah diskaun pegawai kerajaan. Memang ramai orang. Pada waktu malam aku tengok semua parkir lot full.

Pakej kami ialah 'Family Room (3 pax) With Breakfast' dua malam. Kami checked-in hari Jumaat dan checked-out hari Ahad. Checked-in pukul 3.00 ptg. Ongkosnya untuk dua malam ialah RM200.86 dah termasuk cukai itu ini. Kami booking online guna agoda.com. Kami book secara online pada 22 Januari. Masa tu payment belum dibuat lagi. Agoda.com bagi peluang sampai 17 Februari untuk buat pembatalan tanpa dikenakan sebarang kos. Pada 17 haribulan tu barulah agoda.com charge dari kredit kad kami.


Kaunter receptionist. Simple. Tidak seperti kaunter receptionist Hotel Seri Malaysia di Kulim yang penuh bendera.


Lobi hotel. Pintu sebelah kanan tu ialah pintu ke tempat makan.


Inilah bilik kami. Bilik ni untuk tiga orang, tapi towel diberi dua sahaja. Kami ada tanya di kaunter, mana towel satu lagi, depa kata memang macam tu. Memang depa bagi dua saja. Takperlah.


Lantai marmar. Ada tv flat-screen kat dinding. Sebelah katil tepi tingkap tu kosong je. Kami buat tempat sembahyang di situ. Anak panah tanda arah kiblat ada di syiling. Kitab al-Quran ada dalam laci. Sejadah disediakan.


Meja solek dan meja apa sajalah. Ada peti ais kecil di bawah meja tu.


Ni set standard kebanyakan hotel. Almari pakaian dan pangkin kecik di tepi.


Tanda yang agak kecil. Lebih kurang 1/3 saiz tandas satu hotel berdekatan iaitu Seri Bayu Resort yang kami pernah tinggal pada bulan Jun tahun lepas.


Balkoni di tingkat satu. Tapi hotel ni memang satu tingkat je. So inilah tingkat yang paling tinggi, haha. Ni foto kami ambil pada waktu malam.


Kolam mandi. Kami sempat tengok je. Tak sempat terjun.


Bilik makan. Ada sepuluh meja bulat. Kami pi sana time CNY so memang padat dengan orang time breakfast sampai tiga meja ditambah di ruang lobi. Makanan ok.

Wi-Fi percuma

Ada hotel yang tiada wi-fi. Ada yang hanya ada wi-fi di kawasan lobi. Ada yang kena bayar extra kalau nak guna wi-fi. Tapi di hotel Seri Malaysia ni, wi-fi ada di semua tempat, dan free of charge. Tiada password pun. Speed boleh tahan.

OK tak hotel ni

Bagi aku, memang OK. Selesa. Tenteram. Damai.

Pantai Bagan Lalang

Kalau tengok peta google bawah tu, kawasan putih sebelah Senandung Malam Seafood tu ialah kawasan pantai Bagan Lalang.


Pantai Bagan Lalang ialah salah satu dari tiga kawasan pantai peranginan yang digemari di Selangor selain dari Pantai Morib dan Pantai Remis. Tapi sebenarnya pantai Bagan Lalang ni ialah sebuah kawasan peranginan di Selangor yang kurang dikenali sebelum ini. Pantai Bagan Lalang ni femes sebab ikan bakar. Ikan bakar di sini memang tak berbau bila dimasak, sebab ikan-ikan tu memang diambil dari laut dan bukan ikan ternak.

Pantai Bagan Lalang makin menjadi terkenal kerana ada macam-macam jenis makanan laut yang segar dan sedap. Gerai-gerai makan di tepi pantai Bagan Lalang menawarkan variasi hidangan eksotik seperti kepah, lokan dan pepahat yang jarang dijumpai di tempat lain. Bekalan hidupan laut ni diperolehi daripada nelayan dan peraih di sekitar Bagan Lalang, Tanjung Sepat dan Pulau Ketam.

Orang datang ke pantai Bagan Lalang bukan sangat untuk mandi, tetapi lebih untuk bersantai dan berehat dengan keluarga, makan seafood yang segar dan sedap (dan tak mahal), tengok ketam, memancing, berkhemah, main layang-layang.

Antara perkara lain tentang Pantai Bagan Lalang ni

  • Waktu malam pantai gelap gelita sebab tiada lampu (kecuali di kawasan Sepang Gold Coast tu).
  • Bila air surut (dari tengah hari hingga ke pukul 5 ptg) air laut turun dan kawasan pantai jadi seluas hampir setengah kilometer.
  • Ada tandas awam berbayar.
  • Ada beberapa gazebo.
  • Ada banyak kedai makan seafood, gerai cenderahati, gerai kraftangan.
  • Pantai yang lebih sesuai untuk main layang-layang, main pasir, aktiviti keluarga di pantai.
  • Kerajaan tempatan membenarkan aktiviti perkhemahan di pantai ni.

Tak sesuai untuk mandi

Ni banyak komen yang aku baca di laman-laman blog. Dan pandangan ni aku memang setuju. Air laut pantai Bagan Lalang ni keruh.Ini mungkin kerana kawasan ni dekat dengan jeti dan banyak kapal dan bot nelayan lalu di situ. Kalau tak percaya, cuba mandi pakai baju putih. Bila masuk dalam air baju warna putih, tapi bila habis mandi, baju putih tadi dah berubah warna. Kalau nak menikmati mandi-manda air laut, carilah pantai lain. Tapi kalau nak memancing, bermalam dalam khemah di pantai, dan nak makan makanan seafood yang bermacam-macam, datanglah ke pantai Bagan Lalang.

2 comments: