Sunday, April 3, 2016

Hotel New York Johor Bahru

New York.. New York.. bukan di USA.. tapi di Johor Bahru. Hotel ni setinggi 25 tingkat. Kami tinggal di tingkat 19. Inilah hotel paling tinggi yang kami pernah tinggal. Tingkap bilik hotel ini besar. Jadi boleh nampak pemandangan seluruh Johor Bahru.

Pakej kami ialah Deluxe Family Room (3 adults) RM255 semalam. Kami tinggal dua malam, so kami bayar RM594.66. Bayaran ni termasuk GST RM33.64 dan 'servis charge' RM51.00. Kami booked online guna booking.com so time check-out baru bayar.

Pakej Deluxe Family Room ni ada satu katil queen dan satu katil twin-sharing, ada fridge, ada set kerusi rehat, tv flat-screen, channel astro, lantai carpet. Bilik agak luas sebab ada ruang untuk meja rehat dan ruang sembahyang.

Ada Wi Fi percuma. Minta username dan password di kaunter hotel di lobi. Speed laju.

Parking kena bayar. Tapi boleh cop kad parking di kaunter untuk dikecualikan bayaran.

Jalan utama depan hotel ialah Jalan Dato Abdullah Tahir. Pada waktu malam di sepanjang jalan tu memang happening. Ramai orang sebab ada banyak tempat makan di situ macam medan selera. Kedai runcit macam mini market pun ada. Tempat cuci kereta memang banyak.

Rasanya tempat makan yang paling femes di situ mestilah Banafee Village. Khabarnya tempat makan ni ialah milik keluarga artis Betty Benafe. Ada dua tempat makan Banafee di situ. Satu ialah Banafee Restoran yang ada stesen car wash di sebelah dia. Ini ialah restoran asal dia. Kedua ialah Banafee Village yang lebih besar, lebih exklusif dan hidangan menu lagi banyak. Ada lebih kurang 200 menu. Banafee Village dibuka 24 jam. Ada masakan Melayu, Arab, Minang, dan western. Tempat makan selesa, tidak berhimpit-himpit, tandas dia pun bersih.


(Foto atas) Restoran Benafe. Restoran asal milik family artis Betty Benafe. Kalau keluar dari hotel, belok kiri, akan jumpa restoran ni dulu. Kalau jalan terus lagi barulah jumpa Benafe Village (foto bawah).


(Foto atas dan bawah) Ruang bilik yang luas.


Tingkap besar untuk lihat pemandangan kota JB.


Masih ada ruang untuk solat.


Kalau keluar dari hotel, inilah tempat makan pertama yang kita akan jumpa. Boboboy Cafe. Tempat makan makanan Melayud dan Barat.


Breakfast nasi lemak. Dewan makan luas. Makanan boleh tahan, dan menu banyak. Kira puas hati jugaklah.


Ruang lobi. Staf di kaunter very friendly and helpful.


Ni pemandangan JB pada waktu siang dari tingkat 19. Tak sure pulak yang kami pandang tu JB sebelah utara, timur, barat atau selatan.


Ruang laluan depan bilik.


Atas dan bawah: Tandas sederhana mewah, dan bersih. Air panas berfungsi dengan baik. Ada mesin pengering rambut. Air deras, tak perlu bayar tambahan untuk dapatkan 'air deras' macam di Tune Hotel. Toiletries yang disediakan termasuk berus dan ubat gigi.

Overall

Pengalaman tinggal di hotel ni memang memuaskan hati. Tiada apa yang kami nak komplen. Sebelum ini kami pernah bermalam di Hotel Selesa yang terletak berhampiran. Jika orang tanya yang mana satu nak pilih antara keduanya, kami punya jawapan ialah New York Hotel.

2 comments: