Wednesday, December 14, 2016

Masuk Singapura lagi

  1. Kali ni kami masuk Singapura bawa kereta sendiri untuk pergi ke Gardens By the Bay.

  2. Kena tukar duit dulu sebelum masuk Singapore. Kami tukar duit Sing Dollar di KL. Kami hulur RM1000 dapat SGD317.00 sahaja. Rasa macam takde nilai pulak RM kita.

  3. Ada dua laluan masuk ke Singapura dari Malaysia iaitu ikut JB ke Woodland dan ikut Gelang Patah ke Tuas. Kami masuk ikut Tuas kerana kami bertolak dari rumah saudara di Skudai.


  4. Grafik dicilok dari website Plus.

  5. Kami pakat isi butiran dalam kad putih siap-siap di rumah saudara kami di Skudai.

  6. Saudara kami tu dah pi ambil siap-siap kad putih tu jadi senang untuk kami terus isi je. Kad putih atau 'white card' ni mesti ada untuk submit di checkpoint Singapura nanti. Kalau belum ada kad tu, nanti bila sampai di checkpoint Singapura boleh mintak dari pegawai dalam kaunter checkpoint tu. Dia akan bagi dan dia akan suruh kita isi semua butiran tu dalam kereta. Pegawai tu akan tunggu, tak payah rushing.

  7. Kawan kami yang biasa masuk Singapura kata kena sampai ke Tuas sebelum pukul 3 untuk elakkan jem.

  8. Checkpoint Malaysia

  9. Sampai di check-point imigresen Malaysia, kami bagi semua pasport tanpa kad putih. Checkpoint Malaysia tak perlukan kad putih tu. Pegawai dalam pondok imigresen tu bacakan nama kami satu persatu dan cop passport tu. Selesai. Mudah sahaja.

  10. Then kami redah naik jambatan tiga lane sepanjang 2 km. Jambatan ni siap dibina pada Julai 1997 yang menghubungkan Tg Kupang (Johor) dengan Tuas (Singapura). Di bahahagian tengah jambatan ni ada tiga laluan kapal melintas. Aras paling tinggi jambatan tu iaitu yang paling tengah ialah 25 meter. Khabarnya jambatan tiga lane pergi dan tiga lane balik ni boleh menguruskan kenderaan empat kali ganda sehari berbanding tambak Johor. Jambatan bahagian Malaysia lebih panjang (1.7km) berbanding dengan jambatan bahagian Singapura (200 m sahaja).

  11. Turun saja dari jambatan kami pun masuk ke CIQ (Custom, Immigration and Quarantine Complex) Singapura. Time tu kami tengok kereta Singapore lebih banyak dari kereta Malaysia. Dan kereta kami adalah yang paling kecil berbanding dengan kereta-kereta mewah Singapura.

  12. Checkpoint Singapura

  13. Di kaunter checkpoint, kami serahkan semua passport dan kad putih, dan turunkan semua cermin tingkap. Pegawai perempuan bangsa Cina dalam kaunter tu bacakan nama kami dan pandang muka kami satu persatu. Dia koyakkan kad putih tu dan tinggakan part kecil kad tu dalam passport kami. Tak payah bagi IC. Masa kami masuk Singapore dulu, dia mintak IC. Kali ni tak payah pulak. Depan kaunter tu ada mesin untuk masukkan Autopass. Tapi sebab kami first time bawak kereta jadi belum ada Autopass pagi.

  14. Lepas tu passport kami semua diberi balik tanpa ada sebarang perbualan dan kami terus jalan ke depan.

  15. Di depan kami jumpa satu lagi checkpoint. Kali ni ada tiga orang yang pakai uniform berdiri tegak tahan kereta kami. Pegawai yang paling depan tu perempuan India dia tunjuk kon di tengah-tengah jalan tu, maksud dia jelas iaitu kena berhentikan kereta betul-betul dekat dengan kon tu. Seorang dari mereka tanya 'anything to declare?' dan jawapan spontan kami ialah 'tiada'. Depa suruh kami buka bonet kereta. Perempaun India tadi buka pintu driver kereta kami dan suluh sana sini dengan torchlight kecil dia. Susah hati pulak aku bila dia suluh-suluh bawah kaki aku. Lepas tu kami dengar bunyi bonet kereka ditutup dan saudara kami tadi masuk balik ke dalam kereta dan perempuan India tadi alihkan kon tadi ke tepi. Kami terus jalan ke depan untuk pergi ke tempat untuk buat Autopass.

  16. Aku tanya saudara aku tadi apa yang orang tu cari sampai suluh-suluh tu? Dulu time aku masuk Singapura dua kali tak pernah kena suluh pun. Saudara aku kata, depa nak cari botol arak. Ni mesti kes orang Singapura cuba smuggle botol arak masuk ke Singapura ni.

  17. Buat autopass

  18. Kereta yang first time masuk Singapura kena ada autopass.

  19. Tempat buat autopass adalah di bahagian paling hujung CIQ Singapura ni, belah kiri jalan. Kami parking di situ. Ada lebih kurang lima lot parkir sebelah pejabat tu aku rasa. Saudara aku pergi ke kawasan kaunter pejabat tu dan bawak balik satu bundle booklet borang. Dia suruh aku isi borang tu. Isi nama pemandu kereta, nama pemilik kereta, tarikh mati insuran, nama syarikat insuran. Saudara aku snap gambar road tax kereta guna henpon dia. Aku tanya dia untuk aper tu? Dia kata kena tunjukkan kat pegawai di kaunter tu nanti.

  20. Aku koyakkan borang tadi (dua salinan) dan letakkan balik booklet borang tadi tu kat kaunter then aku serahkan borang tu kat pegawai di kaunter. Pegawai India tua, eksyen nak mampus. Tak padan dengan tua kerepot. Dia ambil borang aku tadi tu then dia tanya 'mana rodtax?' Saudara aku terus tunjukkan gambar roadtax dari phone dia. Makcik India tadi tu tengok-tengok foto roadtax tu dan angguk-angguk 'Ok.. Ok..'. Then dia mintak SG10. Saudara aku bagi SG50 sekeping tapi makcik India tadi tak nak terima. Aku cari dalam poket aku memang kebetulan ada SG10 so aku bagi duit tu kat makcik India tu. Then dia bagi aku kad autopass tu dan bagitau aku 'ada SG4 dollar lagi' dalam tu. Sebanyak SG6 dollar dah kena sedut. Aku faham yang SG6 dollar tu adalah wang proses dan wang kad dan aper-aperlah aku tak kisahlah. Aku ambil kad tu dan dengan gaya klise tanya dia 'thats all?' dia pun jawab spontan 'ya thats all' then aku pun terus angkat kaki.

  21. So kesimpulan dia, tak payah bawa geran kereta atau insurance cover note ke atau insurance policy ke. Hanya isi borang, tunjukkan roadtax (gambar dalam handphone) dan hulur SG10 dollar.

  22. Then kali keluar dari CIQ Singapura dan drive terus lurus ke Gardens by the Bay. Jalan memang lurus, dan agak lengang. Nasib kami baik pada maa itu. Tiada masalah di mana-mana checkpoint Malaysia atau Singapura.

  23. Autopass baru All-in-One

  24. Dulu masuk Singapura aku kena ada dua kad iaitu kad autopass dan cash card. Sekarang satu kad aje. Semuanya guna kad tu - sebagai autopass (untuk masuk Singapura bawa kereta), sebagai cash card (untuk bayar parking) dan sebagai toll card (untuk bayar 'toll' bila melintasi bawah gerbang yang ada tanda 'ERP')

  25. ERP atau Electronic Road Pricing lebih kurang macam 'toll' di Malaysia ni. Bezanya ialah kalau toll di Malaysia ni ada orang tunggu dalam kaunter mintak duit atau kita swipe kad Touch'n Go kita kat scanner toll atau tunjuk gadget smart-tag kita kat lorong gerbang kuning Smart Tag di pondok toll. Gerbang ERP ni dia 'sedut' duit dari kad autopass tadi tu. Teknologi maju. ERP ni 'off' hari Ahad so no toll pada hari tu.

  26. Boleh 'top-up' kredit dalam autopass ni di mana-mana outlet 7E. Saudara aku tadi tu 'topup' autopass aku tu guna mesin ATM di Gardens by the Bay.

  27. VEP - Vehicle Entry Permit

  28. Nak masuk Singapura bawa kereta sendiri kena bayar VEP. Bayar guna autopass tadi. Sekali masuk kena bayar SG35. Tapi bila firt time buat autopass dapat masuk free 10 kali. Kalau masuk kali ke-11 nanti, kena bayar 'bayaran permit masuk' SG35 sehari.

No comments:

Post a Comment